Tuesday, June 18, 2013
3 RAHSIA KEMATIAN
Rahasia WAKTU..
Rahasia TEMPAT..
Rahasia CARA..
Kita tidak pernah tau BILA, DI MANA DAN BAGAIMANA CARANYA KITA MATI..
ALLAH merahasiakanya agar kita selalu siap setiap saat..
Jangan menunda amal ibadah..
Jangan menunda tobat..
Jangan menunda perbaikan diri..
Jangan main-main dengan maksiat..!
Jangan sia-siakan mereka orang yang kita CINTAI..
Semoga diakhir hayat kita HUSNUL KHOTIMAH..
Mati dalam keadaan suci dari DOSA..
YA ALLAH..
Ringankanlah lisan kami mengucapkan LAA ILAA HAILLALLAAH saat SAKRATUL MAUT..
Sunday, June 16, 2013
CINTA DAN SAYANG ULAMAK
Aku sudah letih menangis kerana mengenangkan keperitan perjuangan para ulamak . Di setiap kali aku mengenangkan keperitan para pewaris rasul ini , maka aku akan terkenang akan lebihnya lagi keperitan yang diterima oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda a.'anhum.
Maka tidak semena-mena keperitan dan tangisan aku semakin bertambah-tambah mengenangkan jerih payah mereka untuk memahamkan aku hari ini dengan Islam , keperitan mereka memperjuangkan hak aku dan saudara2ku , siang malam mereka mendoakan kebaikan untuk kami semua...
Namun aku buat masa ini masih tidak kuat untuk menerima sahabat-sahabatku yang mula hanyut dalam mimpi falsafah semata semborono ghairah menegur kepimpinan ulama sehingga lupa menegur diri sendiri.
Aku sudah penat mengalirkan air mata walau aku tau ianya berpahala jika benar aku jujur kerana kasih sayang aku kepada mereka keranaNya ... sedang aku tidak bisa menahan sakit dada kerana aku bukan biasa menangis untuk kepayahan diriku dalam menghadapi ujian dunia ... malah aku lebih sakit kerana aku tidak punya pengetahuan untuk membetulkan mereka ..
aku serahkan mereka kepadaMU ya Allaah .. aku mahu kembali ' ke sana ' bersama pencinta sejati mereka kerana mencintai RasulMU , ya Allaah sampaikanlah aku ke sana . Sesungguhnya ENgkau lebih mengetahui apa yang baik untuk diriku , aku redha jika di sini bukan lagi tempat untuk ku

Friday, June 14, 2013
TENANGNYA BILA MEMBACA AL QURAN
Sungguh lah Al-Quran itu memberi ketenangan kepada sesiapa yang membaca dan mendengar bacaannya.
Sebagai manusia yg kadang-kadang rasa serabut dengan masalah,kepenatan sehingga lewat petang,tiba-tiba malam lepas maghrib kena mengajar ngaji. Syaitan mula memainkan peranan, mula rasa malas dan sebagainya. Tapi bila dah mula masuk kelas dan mengajar serta mendengar anak murid membaca Al-Quran...terus TENANG. Lebih-lebih lagi melihat kesungguhan anak murid yang tak pandai tapi bersungguh nak belajar. Allahu Rabbi..
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (surah Al-A'raf : 204)
*sesiapa berkelapangan & boleh mengajar Al-Quran sila lah mengajar...

Wednesday, June 12, 2013
TIP UNTUK GALAKAN SUAMI MEMBANTU DI DAPUR
1. Puji usaha dan hasil kerja suami sekalipun usaha dan kerja yang dilakukan itu sekecil-kecil perkara. Contoh, mengangkat pinggan sendiri sesudah makan.
"Sayang senang hati, abang meringankan tugas sayang sebagai isteri. Terasa seperti pengantin baru setiap hari." (BETUL)
2. Jangan kritik hasil kerja suami ketika mereka cuba membantu tugas isteri di dapur. Contoh, membantu memotong sayur.
"Ini potong-potong sayur besar begini, nak beri anak makan atau gajah makan!" (SALAH)
3. Tutup mata pada kesalahan-kesalahan teknikal, cari kebaikan yang boleh dipuji
Kesalahan teknikal - basuh pinggan tidak bersih
Kebaikan- basuh pinggan sendiri
Kesalahan teknikal - potong sayur dengan teknik yang salah
Kebaikan - membantu memasak
Kesalahan teknikal - isi gulai hingga mengotorkan dapur
Kebaikan - membantu menghidang makanan
Tuesday, May 14, 2013
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.
Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

TAHNIAH PAS KEDAH...CANTAS SEMUA DAHAN YANG REPUT.BIAR TUMBUH TUNAS BARU..
Dato' Haji Ir Phahrolrazi Haji Mohd Zawawi telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya diatas kekalahan PAS Kedah sehingga hilangnya Kerajaan Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam PRU 13 pada 5 Mei 2013 yang lalu..
Walaupun Hj Phahrol telah memenangi kerusi N17 Pengkalan Kundur dengan majorati 3884 jauh lebih besar berbanding pada PRU 12 yang lalu tetapi beliau dengan prinsipnya yang tinggi telah melepaskan jawatan tersebut bagi memberi ruang dan peluang kepada Dato’ Mahfuz Omar yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru untuk membentuk barisan kabinetnya yang baru bagi menyusun gerak kerja untuk menawan semula Kedah pada PRU 14 nanti..
Di peringkat PAS Pusat saya menyeru Presiden TGHH juga perlu mengambil langkah yang sama untuk melepaskan jawatannya sebagai mengambil sikap bertanggungjawab atas kekalahan PAS di beberapa kerusi parlimen yang dulunya 27 kerusi tetapi sekarang pada PRU 13 hanya tinggal 21 kerusi..
Pada pendapat saya juga Senator Yusuf Husin perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Kedah serta jawatankuasanya kerana gagal memainkan peranan yang berkesan dalam gerak kerja pilihanraya tetapi sebaliknya lebih berpolitik sesama sendiri.
Che Had Dali perlu melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Bilik Gerakan Negeri kerana dalam suatu ‘briefing’nya dulu didepan TGHH Presiden PAS telah menyebut Dato’ Seri Ustaz Azizan merupakan faktor kepada penyumbang kemenangan PAS di Kedah sebanyak 70% sekiranya dia bertanding lagi dalam PRU 13 tetapi apa yang berlaku disebaliknya, bukan Kerajaan Kedah sahaja yang telah hilang bahkan kakinya juga hilang akibat kesihatannya yang terlalu dhoif.
Kalau mereka tidak mahu jga melepaskan jawatan saya menyeru agar Pesuruhjaya PAS yang baru Mahfuz Omar agar memecat mereka yang terbabit dalam politiking sesama sendiri bagi membentuk barisan kepimpinannya yang baru bagi memacu kejayaan dalam PRU 14 nanti…
SEMOGA ALLAH SWT AKAN SENTIASA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN DEMI MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH....
Saturday, May 11, 2013
HUJAH : MELAYU TAKUT DAP
Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.
Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.
Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?
Anak muda jawap...
Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.
Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.
Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.
Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.
Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.
Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.
Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.
Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?
Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.
Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?
Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?
Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.
Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.
Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?
Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!
Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang masih lagi ketinggalan zaman.

Friday, May 10, 2013
MEWAH - ANTARA ASBAB RAMAI "GILA" NAK JADI CALON
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000

Thursday, May 9, 2013
PAKATAN RAKYAT AKAN KEJAR PENIPU UNDI
Pakatan Rakyat meneruskan penolakan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang sarat dengan penipuan dan keraguan ke mahkamah, demi menyelamatkan hak dan masa depan rakyat Malaysia yang lebih terjamin. Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keputusan itu penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.
“Kita tidak mahu apabila kita terima keputusan PRU lepas, SPR dan kerajaan anggap rakyat tidak kisah dengan penipuan yang berlaku. Jadi kita putuskan untuk tolak keputusan ini dan akan bantah melalui mahkamah dan dalam Parlimen.
“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia.
“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” kata Ahli Parlimen Pandan itu pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya malam tadi.
Rafizi turut menolak sentimen perkauman yang dimainkan Umno BN apabila gagal memenangi undi dari kaum Cina. “Saya orang Melayu dan di hadapan saya ini ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan Dusun.
“Saya tidak akan berdiam diri jika Cina diancam dan bukan sahaja saya, malah seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keamanan akan bangkit mempertahankan sahabat mereka dari bangsa dan agama lain,” kata Rafizi.
Wednesday, May 8, 2013
INFO RINGKAS MENTERI BESAR KELANTAN

Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.
Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.
Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.
Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.
Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University.
Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.
Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.
Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.
Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang.
Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.
Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya.
TAHNIAH RAKYAT SELANGOR BERANI MENGAJAR NAJIB!!
Harus diingat bahawa Najib selaku Ketua Perhubungan UMNO Selangor telah dimalukan oleh Pakatan Rakyat di negeri itu. Cakapnya yang berdegar- degar untuk merampas Selangor dan mencipta pelbagai isu untuk melemahkan PR langsung tidak berbaloi. UMNO/BN tinggal 12 kerusi di DUN Selangor berbanding dengan 20 kerusi pada tahun 2008. Cakap besarnya yang penuh yakin UMNO/BN akan menang dengan majoriti dua pertiga di parlimen berakhir dengan kecundangan. Selain berjaya membentuk kerajaan pusat, Najib gagal secara total dalam kesemua misi dan visinya yang lain. Dia muncul sebagai PM dari UMNO yang paling lemah.
Kedudukan Najib sekarang ini bolehlah disifatkan sebagai telur di hujung tanduk. Menurut kata Dr. M, Najib perlu berundur jika tidak berjaya menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kini, KPI Najib jatuh merudum. Jika sebelum ini UMNO mengusir Pak Lah yang dipertanggungjawabkan terhadap kemerosotan prestasi UMNO/BN dalam PRU Ke-12, parti itu ternyata mengamalkan dwistandard sekiranya tidak menyingkirkan Najib kali ini.
Malaysia ialah sebuah negara yang dinamik dan progresif. Negara sebegini memerlukan seorang PM yang proaktif dan berpandangan jauh. Harapan itu tidak ada pada Najib. Kita tunggu sahajalah masa dan ketikanya untuk dia turun atau diturunkan.

TERIMAKASIH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMILIH PAKATAN
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan yang cukup kuat kepada DAP dan Pakatan Rakyat yang berjaya menerima melebihi 51% daripada jumlah undian. Malangnya, kami hanya berjaya memenangi 89 kerusi parlimen akibat sistem pembahagian kawasan parlimen yang menyebelah kepada BN.
Walaupun pertempuran ini kami tidak berjaya, tetapi perjuangan kita akan berterusan sehingga perubahan dapat dicapai.
Mengikut pepatah Bahasa Inggeris, "the battle may be lost, but we will win the war".
Monday, April 29, 2013
TV3 SUKU PENIPU - BILA MASA AHLI PAS AGAMA HINDU??
KANTOI!!. TV3 SIARKAN ADA SEORANG BEKAS AHLI PAS NAMA M.THANASEGARAN.....BETUL KE INI AHLI PAS... BILA MASA PULA ADA AHLI BERAGAMA HINDU??
Semalam di Buletin Utama TV3 menyiarkan berita beberapa warga India sebagai bekas ahli PAS yang sudah masuk BN. Diketuai seorang pemuda nama M. Thanasegaran.
Boleh di terima akal ke berita seperti ini .. Adakah ahli PAS beragama Hindu ???
Jika nak menipu dan memfitnah pun agak-agaklah. Janganlah sehingga yang tidak masuk akal. Janganlah biarkan diri diperbodohkan penyokong-penyokong UMNO/BN sampai ketara begitu sekali.
Punyalah terdesak UMNO/BN kali ini...!
TSUNAMI HUSAMI - PUTRAJAYA ADA UGUTAN UNTK KAKITANGAN AWAM ??
Pesanan calon PAS Parlimen Putrajaya, Dato' Husam Musa
Salam buat pengundi dari kalangan penjawat awam..
Saudara-saudari yang dikasihi
Saya mendapat makluman dan aduan ugutan terhadap kakitangan awam atau civil servant yang mendakwa diugut orang-orang BN di Putrajaya kerana mereka semakin takut dengan sokongan rakyat terhadap calon PAS.
Saya merujuk hal ini kepada bekas Presiden Cuepacs, Dato' Nordin Abdul Hamid, yang pada pandangan beliau mengatakan, sekiranya ada mana-mana civil servant yang dipaksa atau yang diugut, bawalah kepada pengetahuan kesatuan di pejabat masing-masing.
Supaya kesatuan boleh membawa isu ugutan itu kepada Cuepacs dan juga boleh dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan kerana ugutan itu adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bercanggah dengan pekeliling perkhidmatan awam
Saya sendiri mendengar desas-desus pihak tertentu mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan, antaranya hendak mengeluarkan dari kuarters sekiranya mengundi PAS.
Saya berharap dan berpesan..supaya semua kakitangan dan pegawai, jangan sesekali takut.
Kerana pada pertandingan kali ini, pada waktu bermula kempen ia menunjukkan kedua-dua pihak boleh menang. Ianya 50:50.
Tetapi hari ini kita Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan boleh menang. Oleh itu, saya menasihatkan semua kakitangan dan pegawai yang diugut, supaya merekodkan dan menyimpan ugutan yang dibuat.
Selepas itu, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, kerajaan baru dibentuk, kita boleh mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai yang menghalang, yang mengugut, menakut-nakutkan atau yang menekan kakitangan awam daripada mengundi parti lain selain BN.
Jadi, kita yakin, kita akan usahakan satu instrumen tindakan disiplin ke atas mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan BN.
Nasihat saya kepada semua pihak dalam kerajaan supaya 'STAY NEUTRAL'. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan kedudukan kerana implikasi serta risiko untuk mereka diambil
tindakan disiplin terbuka luas. Dalam pertarungan 50:50 seperti sekarang, semua pihak harus berhati-hati.
Namun begitu, saya yakin kakitangan kerajaan..berani membuat perubahan. Lebih-lebih lagi memang tiada nombor siri pada kertas undi. Jadi memang imposible, very unlikely untuk pihak-pihak tertentu trace siapa undi siapa. Sudah tiga kali pilihan raya, 1999, 2004 dan 2008, sehingga kini tidak ada sesiapa pun kakitangan awam yang mengundi parti selain BN, dikeluarkan dari kuarters.
Walaupun kakitangan awam sering diperangkap dengan budaya ketakutan, saya memohon kepada mereka untuk berani hanya pada satu minit sahaja..iaitu ketika hendak mengundi. Mereka harus brave just in one second while voting, bagi memilih calon PAS dari Pakatan Rakyat.
Terima kasih.
Saturday, April 27, 2013
SUPERB !!! TOK GURU NIK AZIZ DI PUTRAJAYA
saya tak pernah tengok Tuan Guru Nik Aziz 'live', so bila tau dia turun Putrajaya hari ni, pergi susahkan diri beramai2 ke Masjid Besi. mula2 ingatkan oh TGNA bagi khutbah kot? pastu pikir balik, eh takkan la pulak. mane nak lepas kan.
so takpela, masa sampai tu dah penuh dengan orang, ada la nampak baju hijau probably one in 20 or 30 jemaah tu. ramai lah jugak. nampak jugak photographer chinese semua jenis ada duduk dekat dalam masjid. saya pun naik bhgn atas sebab sampai dah azan kedua.
sampai2 je, terus sunat tahiyyatul masjid, duduk dekat situ (boleh nampak jemaah kat bawah dgn mimbar etc), dok teropong teropong jugak mana TGNA ni. cari serban putih dia (sebab dia mesti pakai serban putih kan), dok langut langut, tak jumpa.
pastu dengar khatib baca khutbah, pasal kepimpinan and demokrasi etc, masa halfway khutbah 1st tu, tiba2 khatib jadi sebak bila sentuh bab perpaduan umat Islam, kesejahteraan rakyat dan negara.
anyway, bila dia start sebak, dia continue lagi tapi terberhenti sebab dia menangis sekejap (sambil cover2 la jugak), amik nafas, dia sambung semula. dia jadi sebak mungkin dia realize he was forced to read, or tak pun saya kira kira mungkin sebab dia terjeling TGNA kot, and probably te'rasa' dengan presence TGNA, and feel ada yg lebih layak berada kat tempat dia delivering the khutbah, I dunno really.
but since then, dia terus sambung khutbah 1st tu dengan keadaan sebak, dan bila dia recite ayat dari ali Imran,
"dan berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah padamu ketika kamu dulu berpecah belah, lalu Allah satukan hati kamu, maka dgn nikmat itu kamu bersaudara, dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu darinya, demikianlah Allah jelaskan ayat2 padamu, supaya kamu beroleh petunjuk."
terus panas basah pipi.
ada dengar esak sedikit dari tepi2 jugak. dan bila dia end khutbah 1st dia dengan 'fastaghfirullah, innallahaghafururrahim' khatib stress and ulang tiga kali 'fastaghfirullah' tu sebelum dia duduk.
selalu khatib area2 sini duduk skejap je, tapi dia duduk lama. taking his time nak recover, mungkin. dan seterusnya hingga lah ke habis solat where khatib baca ayat ali-imran tadi dgn syahdu dan disambung ayat 'umat pertengahan' pada rakaat kedua.
sampai lah ke habis solat sunat, saya dok tengok2 (bila luar solat la) mana la TGNA ni.
bila pakat dah habis solat sunat, baru nampak ramai berkerumun kat bhgn depan, and nampak flashes dari kamera. saya pi bahagian tepi sebab kat depan dah kerumun dah.
pastu saat dengar orang takbir, saya ternampak TGNA dari celah2 ramai2 manusia tu, kecik je tubuh, tapi influencenya mashaAllah superb.
saya struggle tukar tempat dari depan ke belakang (kat atas tu) tapi tak dapat nampak wajah TGNA.
masa semua dok ikut keluar iring sampai ke bawah naik kereta, saya pasang satu niat, yg kecik je, tak besar pun, saya nak jumpa dengan TGNA, nak peluk dia, dan bisik doa pada telinganya,
'semoga Allah kurniakan syurga buat TGNA dan keluarga'.
amin.
p/s: regardless of whatever political inclination you have, you cannot deny this man's influence kpd Malaysia and to Kelantan specifically.
p/s: boleh nangis kalau Anwar Ibrahim/TGNA bagi khutbah dekat putrajaya bila menang nanti. (kalau pakatan menanglah. huhu) terbayang hari 1st masuk putrajaya, betapa ramai rakyat yg turun putrajaya berhimpun. can't wait! :) tapi kalau in the end Najib stays (although I feel it's very unlikely now), xpelah kalau tu yg Allah takdirkan, terima je lah kan? Ma qaddarallah khair. Apa yg Allah takdirkan itu baik belaka.
Friday, April 26, 2013
ASAL NAMA JELEBU DAN SEJARAHNYA
Kenapa UMNO pertikaikan Aiman Athirah "ORANG LUAR" sedangkan Jelebu sendiri dibuka oleh orang luar. Islam itu dagang dan akan kembali menjadi dagang.
Sila baca sejarah Jelebu
Ke Jelebak ke Jelebu
Tuai padi tiga serangkai
Siapa kena kemat Jelebu
Kalau tak mati badai mengasai.
Suatu masa dahulu pantun empat kerat itu amat popular di kalangan orang-orang tua di Negeri Sembilan khususnya di Jelebu kerana ia menggambarkan betapa pandainya orang Jelebu memikat sesiapa yang berkenan di hatinya sehingga orang yang kena pikat itu tidak boleh melupakanya hingga ke akhir hayat.
Yang lucunya ada ibu bapa di luar kawasan Jelebu merasa takut kalau anak lelaki mereka pergi ke Jelebu kerana takut terkena "kemat Jelebu" tetapi kini pantun itu cuma menjadi senda gurauan anak-anak muda sahaja. Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang bersempadan dengan Pahang. Ia terdiri dari lapan mukim iaitu Kuala Klawang,Hulu Klawang Klawang,Hulu Teriang,Kenaboi,Pertang, Peradong, Teriang Hilir dan Gelam Lemi.
Mengikut ceritanya, nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelbu iaitu ketua suku kaum asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelbu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelbu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.
" Kau baliklah dulu untuk sediakan makan malam kita," pesan Tok Jelbu kepada isterinya.
" Baiklah, bang. Tapi elok kalau abang berhati-hati mandi di sungai sebab airnya dalam. Cepat balaik ke rumah, ye bang…" balas isterinya sambil berjalan pulang.
Maka Tok batin Jelbu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelbu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.
Isteri Tok Batin Jelbu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelbu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelbu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.
Berita hilangnya Tok Batin Jelbu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelbu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus entah kemana. Dan Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelbu maka tempat itu dinamakan Jelbu tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelbu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu "Jalar Labu" tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
Sejarah pembukaan Jelebu selalu dikaitkan dengan kedatangan orang-orang Minangkabau. Namun pada mulanya Jelebu didiami oleh kaum asli Jakun dari Suku Biduanda. Mereka merupakan penduduk asal Jelebu dan suku Biduanda masih ada hingga ke hari ini.
Kisah bermula apabila Batin Terjali iaitu anak Maharaja Alif yang memerintah kerajaan Pagar Ruyung Minangkabau, keluar mengembara untuk mencari pengalaman dan meluaskan pemerintahan ayah baginda. Setelah lama berjalan menyeberang laut dan sungai akhirnya Batin Terjali dan orang-orangnya sampai di Bukit Kundang Kundik di Jelebu. Kedatangan mereka disambut baik oleh orang-orang asli di kawasan tersebut.
Semasa berada di Jelebu, Puteri Embong Sari iaitu isteri Batin Terjali melahirkan seorang anak lelaki lalu diberi nama Datok Niko Menteri Mangku Alam Raja Sehari. Dan sebelum meninggalkan Jelebu untuk meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali meninggalkan putera baginda kepada ketua suku orang asli Jelebu dengan pesanan bila puteranya sudah besar kelak hendaklah dijadikan penghulu Jelebu. Ketua orang asli itu bersetuju dan berjanji akan patuh dengan apa yang telah diperintahkan.
Adapun Batin Terjali terus mengembara untuk membuka negeri dan di setiap tempat yang disinggahinya baginda akan meninggalkan seorang putera kepada ketua suku kaum asli di situ dengan pesanan bila putera itu sudah dewasa kelak hendaklah di jadikan penghulu di tempat itu.
Kesemua Ketua kaum asli itu menepati janji mereka. Apabila putera Batin Terjali sudah besar maka dilantik menjadi Penghulu. Dengan ini wujudlah pemerintahan dari putera-putera Batin Terjali. Datok Niko Menteri Shah Mangku Alam Raja Sehari menjadi penghulu di Jelebu, Datok Kelana Putera Penghulu di Sungai Ujung dan Datok Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol. Hubungan antara mereka terus terjalin dan daerah itu akhirnya menjadi tumpuan orang-orang Minangkabau.
Walaupun begitu, dalam senarai daftar nama penghulu di Jelebu, orang pertama dicatat namanya sebagai penghulu Jelebu ialah Datok Gombak, kemudian Datok Mentunggang dan diikuti oleh Datok Moyang Salleh.
Datok Moyang Salleh merupakan Datuk Undang Luak Jelebu yang pertama dengan memakai gelaran Datok Mendelika Menteri Akhirul Zaman Sultan Jelebu. Gelaran itu dikurniakan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Jalil semasa berlakunya peristiwa memutus tali ke Johor. Walau bagaimana pun Datok Moyang Salleh tidak melantik dirinya sebagai Sultan Jelebu dan beliau hanya menjadi Undang Luak Jelebu sahaja.
Pada mulanya Jelebu berada di bawah pemerintahan kerajaan Melayu Melaka tetapi apabila Sultan Melaka berpindah ke Johor maka taat setia orang Jelebu beralih ke Johor. Cuma setelah berlakunya peristiwa "MOYANG SALLEH MEMUTUS TALI KE JOHOR" barulah Jelebu bebas dari kekuasaan Sultan Johor.
Jelebu juga terkenal sebagai kawasan lindungan hujan kerana letaknya di dataran tinggi dan jarang menerima hujan berbanding kawasan lain di Negeri Sembilan. Kerana itu tanahnya subur dan terkenal dengan pengeluaran buah-buah tempatan.
Jelebu juga sering di kunjungi para pelancung dari dalam dan luar negeri kerana keunikannya. Untuk sampai ke Jelebu terpaksa mendaki Bukit Tangga yang mempunyai 48 keluk. Dan antara tempat yang menjadi tumpuan pelancung di Jelebu ialah Jeram Toi, Jeram Gading, Latar Kijang, Masjid Kuala Dulang dan Makam Datok Moyang Salleh.

Saturday, April 13, 2013
KINI DI PAWAGAM...FILEM BLUE TERBARU TERBITAN UMNGOK...
Selepas kejayaan filem blue Anwar Ibrahim bersama wanita Cina dan lelaki, Mat Sabu, Azmin dan lain2nya, kini keluaran terbaru dari pengarah box-office terkenal tanahair saksikan filem terbarunya yg berjudul..."Org Tua Berambut Putih dan berperut buncit...". Ini adalah antara filem-filem terakhirnya sebelum menjelang pilihanraya. Dijangka ada sebuah lagi filem2 arahannya yang akan muncul sempena pilihanraya ini.
Filem terbitan UMNGOK dgn filem lucah memang tak dpt dipisahkan. Inilah sentimen yg paling berkesan dlm pilihanraya mencipta sesuatu yg diminati oleh org kampung. Org kampung kita cerita pasal korupsi...mereka tak faham, cerita pasal inflasi...mereka tak faham...cerita pasal kroni mereka tak faham....yg org kampung suka dan faham cerita pasal blue filem...:)
Didikan yg baik utk org Melayu. Sampaikan kita terlupa angkara filem2 kpd isu2 yg lebih besar utk rakyat. Penghapusan PTPTN, Tol, penurunan harga petrol, harga kereta dan sebagainya...Inilah nasib Melayu....Umno akn tewas bila Melayu bijak sepertimana kaum Cina.
Anak muda Melayu minta trek lumba sebab nak berlumba siapa yg paling terer bawa motor...anak muda Cina minta Kolej Tunku Abdul Rahman dijadikan Universiti utk buktikan siapa yg lebih bijak....haaaa...itulah bezanya minda kita....
MARAH MEREKA KEPADA TGNA..Apa salah TGNA??
Dia selalu dihina dikatakan najis. Juga dikatakan Jelmaan Syaitan.Juga dikatakan malaun. Tak kurang mengatakan dia gila isim.Tapi diamati org yang mengata kepadanya bukanlah ustaz jauh sekali ulama' yang banyaknya mereka sendiri tidak mempunyai peribadi mulia maka tahulah aku...tapi apakah salahnya orang yang aku panggil Tuan Guru ini?
Apa kesalahan beliau...???
Adakah akibat memimpin rakyat Kelantan dengan syiar Islam???? Adakah akibat memerintah Kelantan lebih 20 tahun dan x pernah disabitkan dengan salahguna wang kerajaan...
Kalu itu salah nya orang itu perlu menyedarkan diri dari diperbodohkan pemimpin mereka yang mementingkan fulus....
Ya ALLAH,hindarilah tok guru kami dari fitnah-fitnah dari golongan ini..!
Ameen.. Takbir!!
Wednesday, April 10, 2013
KELUARGA PUNCA PELAJAR SAMSENG
Ya Allah, apa nak jadi dgn budak2 sekolah sekarang...belasah anak orang sesuka hati... :'( (made me upset bila saya tengok video yang dinaikkan di youtube) ...
Masa saya menjadi cikgu 16 tahun yang lepas dan mengajar di sebuah sekolah, saya sudah mula merasakan budaya samseng ini akan terus menular... bukan sebab institusi sekolah gagal mendidik anak-anak murid, tetapi saya mendapati perkara pertama pelajar menjadi 'samseng' adalah disebabkan institusi keluarga yang gagal membentuk sahsiah pelajar....paling asas ialah kasih sayang...saya yakin jika cukup kasih-sayang diberikan, anak-anak kita tidak berani untuk melibatkan diri dengan sebarang budaya negatif....
Semoga dengan beberapa 'video pelajar' kene belasah yang dimuatkan di youtube, diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa, dan keluarga masing-masing untuk melihat semula sejauh mana kita berjaya membentuk anak-anak kita...wallahualam... :'( sedihhh...

Monday, April 8, 2013
SIAPA SIDEK BABA ? Ikuti Pembongkaran SEBENAR..
Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim, Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan.
Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja.
Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.
Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
KENAPA PAS NAK BERSAMA umno??
Hujah mereka (puak Arus Baru), PAS akan lebih untung jika bergabung dengan Umno berbanding DAP.
Dalam PRU tahun 1974, sewaktu PAS bergabung dengan Umno membentuk Barisan Nasional, kerusi parlimen yang diperuntukkan untuk PAS bertanding hanya sebanyak 14 kerusi.
Kini, sewaktu bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, kerusi yang diperuntukkan untuk PAS adalah sebanyak 76 kerusi.
Gabungan manakah yang lebih mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam?

Wednesday, April 3, 2013
ORANG KEDAH TOLONG BERINGAT!!!
Sembang PRU13 - Nie dia hangpa pakat tenung dan tilik macamana hangpa nak pie berperang dengan musuh...cuma satu pesanan JANGAN BERASA SELESA..!!
Kesemua 16 kerusi PR menang dahulu dengan majority >1500 adalah: Bukit Selambau (PKR-12,632 undi), Lunas (PKR-10,323), Tokai (PAS-6,578), Kuala Ketil (PAS-4,880), Anak Bukit (PAS-3,806), Sidam (PKR-3,618), Merbau Pulas (PAS-3,576), Bukit Pinang (PAS-3,399), Sungai Limau (PAS-3,212), Pengkalan Kundor (PAS-3,122), Alor Mengkudu (PAS-2,247), Kupang (PAS-2,094) dan Bandar Baharu (PAS-1,849). manakala bagi BN adalah : Bukit Kayu Hitam (Umno-6,995 undi), Kuah (Umno-3,324), Sungai Tiang (Umno-3,006), Pedu (Umno-2,733), Jitra (Umno-2,258) dan Guar Cempedak (Umno-1,759)
manakala yang atas urat untuk PR ialah Kota Darulaman (DAP-804), Ayer Hitam (PAS-506), Pantai Merdeka (PAS-503), Bukit Lada (PAS-208), Jeneri (PAS-167), dan Tanjong Dawai (PAS-79 undi).
Manakala enam kerusi BN, termasuk kerusi Belantik yang dirampas Umno dari PAS dengan majoriti 252 undi, ialah Derga (Gerakan-163), Bakar Bata (Umno-358), Kota Siputeh (Umno-495), Kuala Nerang (Umno-805) dan Bayu (Umno-984).
PAKAT-PAKAT CONGAK TENGOK LAA NOO..!!

ISLAM UMNO DIPERTIKAIKAN?
Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.
"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung.
"Padahal ceramah itu merupakan ceramah agama kita sendiri tapi tiba-tiba Umno turut membuat program karaoke dalam jarak 50 meter, jadi berlakulah satu kejadian yang tidak saya ingini.
"Selepas kejadian tersebut saya bertemu dengan pemuda-pemuda dan mereka bersetuju dengan saya untuk berubah dan mengikut apa yang dikehendaki Islam.
"Hati saya terluka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab, saya memang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan Umno bahagian yang membuat perkara-perkara tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Monday, April 1, 2013
MEDIA BN "SPIN" LAGI...
Kenyataan Media
Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.
Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula. Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.
Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.
Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.
UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.
Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.
Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.
Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jemgkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH.
Khairul Fahmi Mat Som
Penolong Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia

LIM KIT SIANG KATA ...
PR meletakkan sasaran untuk memperoleh kejayaan di 12 kawasan Parlimen untuk menang selesa pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Dua belas kerusi marginal, yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," kata pemimpin veteran ini.
Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.
"Jika Pakatan berjaya mempertahankan 80 kerusi Parlimen yang dimenangi di negeri-negeri bukan simpanan tetap (BN) di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu (awal 2009) dan jika Pakatan boleh menang tambahan 33 kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, maka Pakatan boleh melepasi nombor ajaib 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan pusat," kata beliau.
Bagaimanapun, tambah beliau, PR hanya boleh memperoleh majoriti yang baik dan selesa jika menguasai 125 kerusi iaitu masing-masing 45 oleh PKR, Pas (40) dan DAP (40).
"Untuk mencapai sasaran 125 kerusi atau majoriti 28 kerusi, Pakatan perlu menang 12 kerusi lagi dari negeri-negeri bukan simpanan tetap BN,".

Thursday, March 21, 2013
YB NASIR MUSTAFA -MENANG KES SAMAN KE ATAS RTM
Mahkamah Tinggi Alor Setar sebentar tadi telah memutuskn bahawa RTM dibuktikan memfitnah Yb Nasir Mustafa.
Mahkamah arahkan RTM dan 2 ahli UMNO bayar sejumlah RM 120 ribu dankos sebanyak RM30k.
Kita imbau kembali kisah yang membawa RTM diheret ke Mahkamah kerana buat kerja jijik memfitnah!!!!
ALOR SETAR, 20 Disember 2011 - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.
MUSLIMAT PAS BERTANDING DI 22 KERUSI - PRU 13
PAS meletakkan 22 calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Dari 22 kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan undangan negeri (Dun).
Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon wanita itu telah dimuktamadkan parti.
"Setakat ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Tambah beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.
Beliau juga berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi parlimen, dan satu kerusi Dun.
"Bagaimanapun, kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.
Ketika ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP dan PKR.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.
"Insya Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli Parlimen Kota Raja itu.
Selain itu, kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.

Saturday, March 2, 2013
LAHAD DATU : kENAPA SELEPAS ADA YANG ARUAH BARU TENTERA AMBIL ALIH ?
Petang ini Tentera ATM mengambil alih, Polis & Polis Komando diletakkan dibelakang cover. Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung tersebut.
Dijangka Serangan balas dijangka pada waktu tengahmalam ini oleh para tentera ATM. Pemberontak sulu sultan kiram kini dikepung oleh askar dalam bentuk "D" tiada jalan keluar.
-Marilah kita doakan semoga selamat askar-askar kita, satu lagi kita doakan pemberontak itu dapat hidayah dans erah diri, saya ada lihat video mereka, dalam 10 orang mati, dengar suara mereka bertakbir, tapi tak tahula kenapa mereka sanggup bermusuhan sesama islam, sepatutnya mereka menyerah diri awal, seperti terjadi pada parti komunis dulu kerajaan Malaysia ampunkan mereka yang menyerah diri.Tetapi jikamereka berdegil iatulah takdir mereka mati di bumi Malaysia, memandangkan mereka telah menceroboh negara kita.
Persoalannya : KENAPA SEBELUM INI POLIS YANG AMBIL ALIH TUGAS TENTERA?
Apakah ada percaturan politik antara Zahid Hamidi dan Hishamudin ??
Friday, March 1, 2013
DIMANA KITA..
Psikologist mengatakan:
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa
terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil
yang langsung tidak lucu dan kelihatan
bodoh, dia sebenarnya seorang yg
mempunyai jiwa yg sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia
org yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas
dalam berbicara, bermakna dia menyimpan
seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan
airmata, dia seorang yg lemah.
5. Kalau senang menangis meskipun benda
yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.
6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun
perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.
Berusahalah untuk memahami orang lain,
selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit
kebenarannya disitu...
Monday, February 25, 2013
UMNO DAN HIBURAN...BAGAIKAN ROMEO & JULIET
Cuba kita fikir-fikirkan....dah 55 tahun Merdeka, Umno tetap dgn style mereka. Setiap Tahun Baru ada hiburan. Setiap Hari Merdeka ada Hiburan. Setiap minggu ada Hiburan Minggu Ini. Jika anda pergi ke Stockholm dan bandingkan dgn KL, anda terkejut pusat hiburan di negara jauh lebih byk dari negara tersebut (Sweden).
Umno sendiri melihat kejayaan kerajaan Selangor menyambut Tahun Baru dgn menjemput UAI apabila dihadiri 100 ribu org, tetap tidak serik dan berterusan utk mengadakan pelbagai jenis bentuk hiburan yg melalaikan. Namun dlm masa sama dia jerit, kami bela Islam...bela Islam...
Jika difikir fikirkan, barangkali Umno sendiri takut jika pengikut lebih gemar kepada program agama. Sepertimana Inggeris, bimbang jika anak Melayu menjadi pandai sebab bila Melayu pandai mereka akn menuntut kemerdekaan.
Seperti pilihanraya di Sarawak dahulu...tour konsert artis2 di setiap bandar2 di Sarawak diadakan. Lojiknya sepatutnya mereka mengadakan majlis penerangan, ceramah atau bergotong royong dgn masyarakat setempat. Lebih molek membawa penceramah2 agama yg popular utk berceramah di bandar2 tertentu.
Bukankah lebih manfaat kpd masyarakat Islam khasnya. Ini tidak, dgn Shah Rukh Khan dia, dgn Psy dia dan bermacam macam jenis hiburan. Ada program Umno ada hiburan... Kenapa kalau tak ada hiburan org tak dtg ke??? Kalau ceramah agama takut rakyat sedar akan undi PAS ke???...Berubahlah...masyaraka
~Norman Liverpool~
Subscribe to:
Posts (Atom)